Recent twitter entries...

Hidayah Allah SWT

0

MAKSUD HIDAYAH

Petunjuk Allah S.W.T kearah kebenaran. Ia dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.


CARA MEMPEROLEHI HIDAYAH

- Mensyukuri nikmat Allah S.W.T

- Yakin kepada kebenaran akidah

- Berakhlak mulia

CIRI2 ORANG YG MENDAPAT HIDAYAH

- Tabah dan sabar menghadapi ujian Allah S.W.T

- Hidup dalam keadaan tenang dan gembira

- Mudah melakukan kebaikan

PERKARA YANG MENGHALANG HIDAYAH ALLAH

- Meninggalkan ibadah wajib

- Melakukan maksiat tanpa merasa malu

- Tidak menghormati Ibu dan bapa


Ustazah Zarina bt Zakaria
Tazkirah 14 Januari 2011 / Dewan Sri Tasek, SMKTU

Tazkirah : 5 RACUN HATI

0
Salam.

Selamat bertemu kembali di tahun 2011!

Buat permulaan tahun 2011 ini, Panitia Pendidikan Islam SMK Tasek Utara cuba memuat turun bahan2 tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah SMKTU.. mudah-mudahan bahan-bahan tersebut boleh dikongsi dengan semua pelajar atau sesiapa yang singgah bertandang ke blog ini.

Topik tazkirah pada minggu ini ialah
LIMA RACUN HATI :

Kita sebagai umat Islam disarankan agar sentiasa menghindarkan diri dari LIMA racun hati ini :

PERTAMA : Banyak cakap

Lidah adalah nikmat Allah kepada semua manusia, namun andai tidak dijaga lidah boleh membawa banyak kemudharatannya.. Malah, Rasulullah s.a.w. ada
mengingatkan umatnya bahawa di neraka kebanyakan manusia yang diseksa
adalah dikalangan mereka yang tidak menjaga lidah..

Banyak cakap...kadang boleh membawa kebaikan dan juga kemudharatan..malah kebiasaannya lebih banyak kemudharatan berbanding kebaikan apabila banyak cakap.. Banyak cakap ini termasuklah berdusta, berbohong, menghina, mengejek, memfitnah, mengumpat, menyakiti hati orang lain..

Oleh itu, alangkah baiknya kita semua basahkan lidah kita ini dengan zikir dan juga perkataan-perkataan yang baik-baik sahaja..

KEDUA : Banyak pandang

Allah memberi kita nikmat pandangan mata kepada kita semua. Ia adalah nikmat yang sangat besar, malah ada sesetengah orang sanggup membelanjakan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan penglihatan yang sempurna. Namun, pandangan mata ini jika tidak dikawal dan tidak dijaga akan menyebabkan hati kita diracuni..

Janganlah kita pandang berlebihan kepada yang berlainan jantina dengan kita..dengan sengaja. Kerana pandangan sebeginilah akan menjerumuskan kita kepada golongan zina mata..nauzubillah.

KETIGA : Banyak bergaul

Manusia memang perlukan pergaulan dan interaksi sesama mereka. Ini kerana manusia adalah makhluk sosial yang tak mungkin mampu hidup sendiri tanpa campur tangan orang lain. Namun, pergaulan tersebut haruslah dibatasi dengan batas-batas agama..bukannya pergaulan secara bebas dan tanpa aturan yang sewajarnya.

Oleh itu, pilihlah teman bergaul yang menepati syar'i, dan jagalah pergaulan terutama jika pergaulan terhadap lawan jenis.

KEEMPAT : Banyak makan

Makan berlebihan boleh menjadi sumber penyakit fizikal dan juga mematikan hati. Selain itu, jika banyak makan..boleh menyebabkan kita MALAS untuk beribadat, susah untuk bergerak melakukan aktiviti-aktiviti yang dipertanggungjawabkan dan kemungkinan besar akan timbul macam-macam alasan untuk mengelak dari bergerak.

Sewajarnya makanan yang masuk ke perut kita hendaklah dijaga agar memenuhi dua kriteria : HALAL dan TOYYIB .

Cara makan yang ideal ialah makan 1/3 daripada kapasiti perut kita.. ini kerana 1/3 lagi diisi dengan air dan 1/3 lagi adalah untuk ruang udara.


KELIMA : Banyak tidur
Banyak tidur berhubung rapat dengan banyak makan.. Makan berlebihan cenderung mengakibatkan tidur berlebihan. Apabila berkumpul dua perkara ini..nescaya banyak perkara maksiat akan berlaku...MALAS bekerja, otak TAK CERDAS, masa banyak RUGI..

KESIMPULAN

Secara jujurnya, dalam apa-apa perbuatan yang kita lakukan hendaklah dalam keadaan BERSEDERHANA...dengan tidak melupakan batas-batas syariat yang telah ditetapkan kepada kita semua oleh ALlah Taala.

Wallahu a'lam


Penyampai tazkirah : Pn. Fadzilah bt Sawani @ Sauli
( Guru Cemerlang Pendidikan Islam )
21 Januari 2011

Taman Mini

0
Sempena Gala Kokurikulum 2010, Persatuan Pendidikan Islam turut menyertai pertandingan membina taman kategori Landskap. Bertempat di hadapan surau sekolah, sebuah taman mini berjaya dihasilkan dengan idea bersama GPI SMKTU.. alhamdulillah, walau kesuntukan masa, sempat juga kami menyiapkan taman tersebut.. walau tidak berjaya memenangi hadiah, sekurang2nye berjaya menyertai pertandingan. Moga2 usaha murni ini diteruskan lagi..bukan setakat untuk pertandingan sahaja.






Majlis Khatam al-Quran 2010

0
Al-hamdulillah...Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga Tasek berjaya melaksanakan MAJLIS KHATAM AL-QURAN pada tahun ini dengan jayanya.. Majlis tersebut telah diadakan sebagaimana berikut :


TARIKH :
03 SEPTEMBER 2010 ( JUMAAT )

MASA :
7.20 - 9.00 PAGI

TEMPAT :
DEWAN SERI TASEK, SMKTU





Pengetua menyampaikan hadiah Sumbangan Hari Raya kepada pelajar yatim & miskin


Seramai 10 orang pelajar KAA yang terlibat dengan Majlis Khatam al-Quran..


Ustaz Mohd Nazib sebagai peneraju utama majlis...


Guru turut menyertai acara khatam al-Quran di pentas..


Makluman : Majlis Solat Hajat Perdana 2010

0
Salam semua.

Panitia Pendidikan Islam SMKTU akan menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana untuk semua calon PMR, SPM dan STPM 2010 sebagaimana berikut :

Tarikh :
30 September 2010 ( Khamis )

Masa :
6.00 petang hingga 10.00 malam

Tempat :
Dewan Seri Tasek, SMKTU

Sasaran :
SEMUA CALON MUSLIM PMR, SPM, STPM 2010
bersama ibu/bapa/penjaga masing-masing

Semoga semua yang terlibat dapat menghadirkan diri.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-Mubarak

0

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK TASEK UTARA

MENGUCAPKAN

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA TASEK (KHUSUSNYA)
DAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...

FADHILAT TERAWIH

0
Berikut adalah kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaksanakan solat terawih :

MALAM PERTAMA :
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

MALAM KE-2 :
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


MALAM KE-3:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


MALAM KE-4 :
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

MALAM KE-5 :
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

MALAM KE-6 :
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

MALAM KE-7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

MALAM KE-8 :
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

MALAM KE-9 :
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

MALAM KE-10 :
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

MALAM KE-11 :
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

MALAM KE-12 :
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

MALAM KE-13 :
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

MALAM KE-14 :
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

MALAM KE-15 :
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

MALAM KE-16 :
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

MALAM KE-17 :
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

MALAM KE-18 :
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

MALAM KE-19 :
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

MALAM KE-20 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

MALAM KE-21 :
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

MALAM KE-22 :
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

MALAM KE-23 :

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

MALAM KE-24 :
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

MALAM KE-25 :
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

MALAM KE-26 :
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

MALAM KE-27 :
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

MALAM KE-28 :
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

MALAM KE-29 :
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

MALAM KE-30 :
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar