Recent twitter entries...

Showing posts with label laporan aktiviti. Show all posts
Showing posts with label laporan aktiviti. Show all posts

Taman Mini

0
Sempena Gala Kokurikulum 2010, Persatuan Pendidikan Islam turut menyertai pertandingan membina taman kategori Landskap. Bertempat di hadapan surau sekolah, sebuah taman mini berjaya dihasilkan dengan idea bersama GPI SMKTU.. alhamdulillah, walau kesuntukan masa, sempat juga kami menyiapkan taman tersebut.. walau tidak berjaya memenangi hadiah, sekurang2nye berjaya menyertai pertandingan. Moga2 usaha murni ini diteruskan lagi..bukan setakat untuk pertandingan sahaja.






Majlis Khatam al-Quran 2010

0
Al-hamdulillah...Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga Tasek berjaya melaksanakan MAJLIS KHATAM AL-QURAN pada tahun ini dengan jayanya.. Majlis tersebut telah diadakan sebagaimana berikut :


TARIKH :
03 SEPTEMBER 2010 ( JUMAAT )

MASA :
7.20 - 9.00 PAGI

TEMPAT :
DEWAN SERI TASEK, SMKTU





Pengetua menyampaikan hadiah Sumbangan Hari Raya kepada pelajar yatim & miskin


Seramai 10 orang pelajar KAA yang terlibat dengan Majlis Khatam al-Quran..


Ustaz Mohd Nazib sebagai peneraju utama majlis...


Guru turut menyertai acara khatam al-Quran di pentas..


Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan 1431H/2010M

0

Pelajar-pelajar khusyuk mendengar penerangan Ustaz Mohd Nazib mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan


..khusyuk menghayati doa..AMIN!


Pengetua, Pn Hjh Zainab bt Ali menyampaikan ucapan dan merasmikan program


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ayat suci al-Quran oleh pelajar



AKTIVITI :
Majlis Perasmian Bulan Ihya' Ramadhan 1431H
Peringkat sekolah

TARIKH :
06 Ogos 2010
( Jumaat )

TEMPAT :
Surau al-'Abidin, SMKTU

MASA :
7.30 - 8.00 pagi






Kem Pengukuhan Solat

0
Pada 23 dan 24 April 2010, Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Kem Pengukuhan Solat bertempat di Asrama Pusat Putera Johor Bahru. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada asramawan terlibat dalam program tersebut.

Antara matlamat program ini ialah untuk membangunkan sahsiah pelajar melalui pengalaman ibadat solat. Program ini juga diharapkan dapat mendidik dan membimbing pelajar ( peserta terutamanya ) agar tidak mengabaikan ibadat solat serta melaksanakan solat dengan lebih berkesan.




Ustaz Md Ja Hassan sedang menyampaikan ceramah mengenai SOLAT DAN KESIHATAN


Aktiviti dalam kumpulan...bersama fasilitator masing-masing


Tunjuk cara solat

Penerangan program oleh Ustaz Mohd Nazib


Aktiviti dalam kumpulan ( Bengkel 2 )

Pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan

...diharapkan program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memantapkan akidah pelajar-pelajar di sekolah..