Recent twitter entries...

Kem Pengukuhan Solat

Pada 23 dan 24 April 2010, Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Kem Pengukuhan Solat bertempat di Asrama Pusat Putera Johor Bahru. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada asramawan terlibat dalam program tersebut.

Antara matlamat program ini ialah untuk membangunkan sahsiah pelajar melalui pengalaman ibadat solat. Program ini juga diharapkan dapat mendidik dan membimbing pelajar ( peserta terutamanya ) agar tidak mengabaikan ibadat solat serta melaksanakan solat dengan lebih berkesan.




Ustaz Md Ja Hassan sedang menyampaikan ceramah mengenai SOLAT DAN KESIHATAN


Aktiviti dalam kumpulan...bersama fasilitator masing-masing


Tunjuk cara solat

Penerangan program oleh Ustaz Mohd Nazib


Aktiviti dalam kumpulan ( Bengkel 2 )

Pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan

...diharapkan program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memantapkan akidah pelajar-pelajar di sekolah..



Comments (0)

Post a Comment