Aktiviti IHYA' RAMADHAN 1431H/2010M
Posted by
ustazah fadzilah
|
berita
|
Thursday, August 05, 2010
Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam SMKTU akan mengadakan BULAN IHYA' RAMADHAN dengan pelbagai aktiviti bagi menarik warga Islam Tasek khususnya menghayati bulan yang mulia ini.
Berikut adalah aktiviti yang akan dilaksanakan :
Kem Pengukuhan Solat
Posted by
ustazah fadzilah
|
laporan aktiviti
|
Thursday, August 05, 2010
Pada 23 dan 24 April 2010, Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Kem Pengukuhan Solat bertempat di Asrama Pusat Putera Johor Bahru. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada asramawan terlibat dalam program tersebut.
Antara matlamat program ini ialah untuk membangunkan sahsiah pelajar melalui pengalaman ibadat solat. Program ini juga diharapkan dapat mendidik dan membimbing pelajar ( peserta terutamanya ) agar tidak mengabaikan ibadat solat serta melaksanakan solat dengan lebih berkesan.
Antara matlamat program ini ialah untuk membangunkan sahsiah pelajar melalui pengalaman ibadat solat. Program ini juga diharapkan dapat mendidik dan membimbing pelajar ( peserta terutamanya ) agar tidak mengabaikan ibadat solat serta melaksanakan solat dengan lebih berkesan.

Hari Jalinan Mesra (1) 2010
Posted by
ustazah fadzilah
|
album
|
Sunday, April 04, 2010

TARIKH :
16 JANUARI 2010
TEMPAT :
DEWAN SMK TASEK UTARA
JOHOR BAHRU
AKTIVITI :
1. TAKLIMAT UNTUK WARGA KAA
( Disampaikan oleh Pengetua dan YDP PIBG )
2. PENERIMAAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009
AHLAN WA SAHLAN
Posted by
ustazah fadzilah
|
nukilan
|
Saturday, October 24, 2009
SELAMAT DATANG !!
Panitia Pendidikan Islam SMK Tasek Utara, Johor Bahru akhirnya mempunyai laman blog sendiri!!
Atas cadangan Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru dan pihak PPD JB, maka terhasil blog ini dengan seadanya..Blog ini dibina atas inisiatif untuk menyampaikan maklumat dan isu semasa berkaitan matapelajaran PENDIDIKAN ISLAM terutamanya kepada para pelajar SMK TASEK UTARA..Mudah-mudahan ukhuwah diperkukuhkan lagi antara guru dan pelajar dengan adanya interaksi di alam maya ini...dan tidak lupa juga buat sesiapa sahaja yang sudi berkongsi idea..
Sebarang komen dan cadangan membina amat dialu-alukan daripada anda semua, dengan harapan dapat ditingkatkan lagi fungsi blog ini.
Wallahua'lam
Subscribe to:
Posts (Atom)









